Pilihanraya Kampus Serikat Mahasiswa

Pada pilihanraya kampus tahun 2015, Serikat Mahasiswa dalam usaha meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai demokrasi dan kuasa mahasiswa. Serikat Mahasiswa telah mencapai kesepakatan (kosensus) bersama Iqram Siswa dan Student Prograssive Front USM membentuk satu perikatan untuk mencabar kuasa sedia yang terdiri daripada Aspirasi USM dan Pro Mahasiswa USM. Objektif dan Visi penubuhan Ikatan Mahasiswa ialah bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada mahasiswa dalam memilih pemimpin kampus, mewujudkan budaya politik yang lebih sihat dan telus serta meraikan demokrasi. Jentera pilihanraya Ikatan Mahasiswa diketuai Adam Naqib (Mahasiswa Sains Poitik) yang melibatkan perancangan manifesto, cara kempen, media sosial, penamaan calon, rapat umum dan hari mengundi. Manakala, Jurucakap Ikatan Mahasiswa ialah Hafiz Hafifi Hassan (Mahasiswa Pengurusan) yang bertindak memeberi penerangan kepada media elektronik dan akhbar. Seterusnya, Izzudin Iskandar (Mahasiswa Fizik) bertindak sebagai 'designer' untuk segala aktiviti kempen bermula daripada gambar rasmi calon, poster, pelekat dan lain-lain. Ikatan Mahasiswa meletakkan 6 calon di konstituensi umum. Hasilnya, mereka memperoleh banyak undi, calon Ikatan Mahasiswa Alia kalah dengan beza 30 undi. Dalam usaha mewujudkanbudaya politik yang telus, Ikatan Mahasiswa telah mengeluarkan belanjawan sepanjang pilihnaraya kampus berlangsung. Ikatan Mahsiswa berjaya memboikot Rapat Umum yang sering kali berat sebelah kepada Aspirasi sehingga terpaksa dibatalkan. Terakhir,Ikatan Mahasiswa berjaya melakukan aktiviti demostrasi di dalam kampus daripada DK Foyer sehingga Desasiswa.

Berkaitan